Tuesday, December 3, 2019

Movie Review Frozen II 2019

Assalamualaikum dan hai

Tengok section Movie Review baru je ada 1 review, nampak sangat suka tonton dah lupa nak review hahahah. Ehem, baru sempat nak menaip untuk bulan Disember. Cepat je dah sampai ke penghujung tahun 2019. Debar pulak nak counting days masuk tahun baru. Kk, jangan debar lagi. Kita buat movie review dulu ok heheh

Hujung minggu, sebelah pagi memang priority tu terletak untuk house chores. Kalau tak house chores memang bedroom routine lah. Kadang-kadang both, kadang-kadang vise versa gittew. Tapi, entri kali ni nak cerita pasal Movie Review, jangan silap masuk simpang cerita ok. Baru beberapa hari tak update blog dah nak terbabas dari tajuk ni, adeh

Frozen II | 22 November 2019 | 1hrs 43mins 

Time masuk hall haritu, wow full seat sampai ke bawah. Ramai parents bawa anak-anak dan banyak juga yang colleagues gittew. Biasa lah dah masuk musim cuti sekolah ni kan, masing-masing nak spend time dengan family sendiri dan anak-anak.

Pergi tengok cerita ni haritu, agak terganggu sedikit lah. Anak siapa lah asyik lalu lalang keluar masuk, pastu tepuk tepuk seat masa main lari-lari dalam hall time cerita tengah tayang ni. mengganggu orang. Bukan sekali dua tau, berkali-kali. Berapa kali dipijak kasut oleh budak kecik ni dan kasut pulak disepak jauh. Amboi orang nak tengok cerita, dia buat drama pulak. Anak siapa lah, haih

Antara storyline yang ada dalam cerita Frozen II:
  1. Misteri Parents Meninggal
  2. Kerjasama antara kuasa Elsa dan Anna (Sisterhood goals, wow)
  3. Watak baru   
Tak boleh bagitahu semua lah, nanti tak surprise lah kalau tengok cerita ni. Tapi, ada juga scene yang menyentuh jiwa. Rasa macam airmata nak keluar, tapi tahan k orang ramai ni. No no, tak boleh nanges hahahah walaupun airmata dah di tebing mata ni, tunggu nak keluar jatuh berderai tapi kena kental, harus heheh :p

Pengembaraan bermula lagi, mengorak misteri-misteri heheheh
Selamat menonton, enjoy your movies ok :)

Monday, November 18, 2019

Big Apple lagi :)

Assalamualaikum dan hai.

Hujung minggu mesti cheat day. Jadi, cheat day kali ni kita makan Big Apple. Big Apple lagi? Kalau dah craving nak makan tak boleh cakap apa dah. Tetap nak juga, kan kan? Mengaku je lah, pernah jugak kan. Alaa macam lah tak pernah hikhik

Jemput tengok, kk ajak. Nanti cakap tak jemput lak eheh 

 Pikir, macam mana nak habiskan ni 

Time craving makanan manis ni, dah start terliur. Kalau nak makan 1-2 is okay untuk dijadikan sebagai dessert. Makan makanan berat dan tadaaaa pemanis mulut. Makan banyak-banyak boleh jadi muak sebab manis sangat. Dah tak payah nak susah-susah nak air manis lagi dah. Minum je air kosong. Nak elakkan rasa muak je heheh

Sunday, November 17, 2019

DIY Wall Grid

Assalamualaikum, hai.

Hari ni hujung minggu, jadi decide nak buat deco sikit. Dah lama rasanya tak deco-deco bersama cik Mekar. Aicewah, macam dah pernah buat segmen ini pulak hahahah. Dari grid wire ni tersadai je kat dalam bilik kan, apa salahnya kalau kita gunakannya dengan sebaik yang mungkin.

Grid wire ini sebenarnya dah beli masa stay di Kelantan lagi. Macam biasa buat ala-ala picture wall. Kat situ lah info, kat situ lah ada gambar, dan banyak lagi lah. Jadi memang function lah selain dari dijadikan hiasan sahaja.

Grid wire ni boleh dapat di kedai-kedai offline store dan juga online. Tapi, this one memang beli di kedai offline lah. Beli di Mr DIY. Jangan risau banyak lagi kedai-kedai lain yang ada jual grid wire ni. Offline store boleh dapat di Mr. DIY, Daiso, kedai Eco pun ada jugak tau. Harga berbeza-beza dan saiz grid wire juga pelbagai saiz gittew

Boleh deco-deco ikut citarasa diri sendiri. Sebab minat bunga jadi memang akan ada bunga lah sikit eheheh. 
Bunga ni penyeri hidup orang cakap. Tapi, terpulang pada diri sendiri nak deco apa-apa pun. 

Ikut kreativiti masing-masing dan tadaaaa, dah siap deco. Terus letak di meja. Nampak kan ada tali tu? 
Heheheh ikat di meja. Kebetulan je muat-muat size grid wire dengan ruang meja tu

View dengar music video, lagu, dan buat kerja. Dah jadi workplace tetap ni heheh

Saturday, November 16, 2019

Yasmeen Nasi Kandar, Arau Perlis

Assalamualaikum dan hai.

Malam-malam tetiba craving nak makan nasi kandar. Nasib baik area sini ada nasi kandar. Jadi, esok tu terus pergi makan-makan dulu. Kenyangkan perut. Sambil tu nak cuba jugak, biasa lalu orang mesti ramai di kedai Nasi Kandar Yasmeen ni. Lagi-lagi kalau peak hours, memang kena beratur panjang. Lokasi kedai makan Yasmeen mudah je nak detact. Sebab berdepan dengan jalan besar.

Plate 1: Nasi + Kuah daging + Telur masin + Ayam 
Plate 2: Nasi + Kuah kari ayam + Ayam

Dah dapat nasi kandar, tengok portion 1 plate pun banyak tau. Ini standard punya, takde tambah nasi lebih ke ayam lebih ke memang takde. Kalau dah portion biasa pun dah banyak macam ni kan cuba bayangkan kalau portion nasi bertambah. Wow semestinya saiz portion bertambah besar dan lebih mengiurkan menu makan-makan. Tapi, jangan sampai membazir pulak tau. 

Makan makan, muka risau tengok apa benda lah aiya hahah

Nasi sangat wangi dan lembut. Kuah pun memang cukup rasa; ada rasa rempah dan garam pun cukup. Takde terlebih masin ke kekurangan garam ke. Memang ngam ngam. Tekak pun ok je boleh terima elok. Ayam sangat besar dan crispy. Makan ayam sampai boring sebab ayam besar sangat. Penggemar ayam tak boleh lepaskan peluang ni tau.

Tak hairan lah, ramai juga yang datang makan-makan di sini. Memang sedap!

Friday, November 15, 2019

Movie Review: Dendam Pontianak 2019

Assalamualaikum dan hai

Pikir-pikir hujung minggu nak tengok cerita apa eh. Sebab masa tu memang ada pilihan untuk tengok cerita. Ada 2 cerita nak tengok. Tapi, akhirnya pilih cerita Dendam Pontianak atau Revenge of the Pontianak jugak. Cerita ni baru je ditayangkan pada bulan September 2019 yang lepas. Kira baru lagi lahhh, panas panas keluar dari oven gittew

Tengok tajuk pun dah tahu memang cerita ni seram. Takut-takut berani je masa awal-awal nak tengok tapi takpe cerita je pun okay memang proceed kita tengok je terus. Apa salahnya, mencuba tengok cerita macam ni kan?

Nak tengok cerita ni sebenarnya sebab ada Hisyam Hamid heheheh entah macam mana boleh terminat dengan dia. Steady je tengok dia berlakon, kalau dah minat semua nampak indah kan kan heheheh. Selain dari Hisyam Hamid semestinya lah Fazura sebagai watak utama dalam cerita ni dan lain-lain pelakon ialah Remy Ishak, Shenty Feliziana, Tony Eusoff, Nam Ron, Nadia Aqilah, Nik Harraz Danish, Wan Hanafi Su, Nadiah M.Din

Detik cakap "selamanya" tu terus rasa lain macam weh, scene dah nak masuk. Debar

Tak nak jadi spoiler sangat untuk jalan cerita, tapi kalau bagitau pasal ending okay kan? hahahah ending cerita ni tergantung. Spoil gak lah rasanya. Tengok cerita ini malam-malam pastu nak balik ke rumah lak em lain macam betul perasaan tu. Dari besher-besher je feeling tengok cerita ni terus jadi berdebar dup dap. Tenang k tenang hahahah

Kalau nak tahu lebih pasal cerita ni, kena tengok tau. Kalau tak berani, boleh je tengok ramai-ramai buat movie time ke kan so kurang lah sikit rasa seram debar-debar tu tau. Dah dah, jangan takut. Belum tengok lagi kan cerita ni. Tengok dulu baru rasai pengalaman tu sendiri. Takut ke idok heheh