Monday, August 7, 2017

Degree Intake, Alhamdulillah

Assalamuaikum. Hai.

4/8/2017 jam 3 petang result untuk budak-budak penerapan uitm keluar. Benda yang ditunggu-tunggu setiap student. Nervous yakmat sebab nak kena campak ke mana. Masing-masing macam malas nak check result. Tapi jauh dalam sudut hati, bukan malas. Tapi , cuak. Mungkin sebab takut kalau terpisah dengan kawan-kawan yang setia masa zaman diploma dulu. Takut kena campak sensorang tanpa teman disisi. At least, one person beside us. Then, it will makes us feeling better. Right?

Aku bangun pagi, memang takmau langsung pikir pasal result ni. Sebab aku nampak bayangan lain. Sebelum tidur pun, aku nampak bayangan lain. Bukan tempat yang aku ingin tuju. Aku cuba distract myself untuk buat benda-benda yang boleh elakkan aku dari berfikir untuk tunggu time check result. Macam biasa routine cuti-cuti aku ni, aku akan tonton kdrama yang aku dah sedia record di tv. Habis cerita kdrama ni, aku cuba cari channel yang boleh buat aku leka dengan dunia hiburan sat. Pastu, baru aku back to reality untuk bersama bilikku syurgaku. Aiceh.

Aku check result around 3.20 – 3.40pm gitu. Masa nak check tu memang dah berharap macam-macam. Cuak pun ada. Tapi, masih berfikir yang sebaliknya. Dan click!

Aku dapat sambung belajaq dalam kos yang aku nak sangat. Simpan cita-cita dari semester 2 diploma untuk kos ni. Tapi, dapat tempat tak masyuk. Aku ditakdirkan untuk ke Machang, Kelantan. Time tu aku speechless. Lama jugak aku tenung result ni. Bayangan menjadi reality. Bye Puncak Perdana, kita memang tidak dijodohkan atas factor course.

Aku dapat :

IM245 SARJANA MUDA SAINS MAKLUMAT (KEPUJIAN) PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT
FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT,
Machang Kelantan.