Tuesday, December 3, 2019

Movie Review Frozen II 2019

Assalamualaikum dan hai

Tengok section Movie Review baru je ada 1 review, nampak sangat suka tonton dah lupa nak review hahahah. Ehem, baru sempat nak menaip untuk bulan Disember. Cepat je dah sampai ke penghujung tahun 2019. Debar pulak nak counting days masuk tahun baru. Kk, jangan debar lagi. Kita buat movie review dulu ok heheh

Hujung minggu, sebelah pagi memang priority tu terletak untuk house chores. Kalau tak house chores memang bedroom routine lah. Kadang-kadang both, kadang-kadang vise versa gittew. Tapi, entri kali ni nak cerita pasal Movie Review, jangan silap masuk simpang cerita ok. Baru beberapa hari tak update blog dah nak terbabas dari tajuk ni, adeh

Frozen II | 22 November 2019 | 1hrs 43mins 

Time masuk hall haritu, wow full seat sampai ke bawah. Ramai parents bawa anak-anak dan banyak juga yang colleagues gittew. Biasa lah dah masuk musim cuti sekolah ni kan, masing-masing nak spend time dengan family sendiri dan anak-anak.

Pergi tengok cerita ni haritu, agak terganggu sedikit lah. Anak siapa lah asyik lalu lalang keluar masuk, pastu tepuk tepuk seat masa main lari-lari dalam hall time cerita tengah tayang ni. mengganggu orang. Bukan sekali dua tau, berkali-kali. Berapa kali dipijak kasut oleh budak kecik ni dan kasut pulak disepak jauh. Amboi orang nak tengok cerita, dia buat drama pulak. Anak siapa lah, haih

Antara storyline yang ada dalam cerita Frozen II:
  1. Misteri Parents Meninggal
  2. Kerjasama antara kuasa Elsa dan Anna (Sisterhood goals, wow)
  3. Watak baru   
Tak boleh bagitahu semua lah, nanti tak surprise lah kalau tengok cerita ni. Tapi, ada juga scene yang menyentuh jiwa. Rasa macam airmata nak keluar, tapi tahan k orang ramai ni. No no, tak boleh nanges hahahah walaupun airmata dah di tebing mata ni, tunggu nak keluar jatuh berderai tapi kena kental, harus heheh :p

Pengembaraan bermula lagi, mengorak misteri-misteri heheheh
Selamat menonton, enjoy your movies ok :)

24 comments:

  1. ramai yang kata frozen 2 best, frozen yang mula-mula aritu pun best yang kedua mesti best jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua-dua cerita frozen ni best tau. Masing-masing ada jalan cerita tersendiri. Must watch! heheheh :p

      Delete
  2. nk tgk jgk frozen ni..
    xtau bila nk g.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom pergi ramai ramai tengok Frozen II heheh :p

      Delete
  3. Lajunye join crowd tengok Frozen. Akak tak sempat lagi nak tengok. Nak jejak wayang pun laaagi lah adeh.. So kesimpulannya best lah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada lah laju, terlewatlah juga ni. Meriahkan lagi majlis cuti-cuti sekolah ni, heheheh. So far so good. Best, happy ending heheheh :p

      Delete
  4. adatlah tengok wayang dgn budak-budak nih. tp itu budak2 yg masih budak.
    kalau org tua yg berperangai budak2, lagi laa rasa nak marah je. makan bising, bercakap dlm hall. geram je rasa. tgk kat rumah jgk aman. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, kannnn. Budak-budak yang lain ok je, ni je yang masalah sikit. Sabar je lah

      Delete
  5. kadang risau nak bawak anak2 sebab tu lah, si kecik tu memang tak dok diam. huhu. dulu masa tengok boboiboy dia selalu tanya bila boboiboy nak mati. sebab nak keluar daripada panggung. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak budak biasa lah kak, cepat rasa bosan. Kena pandai main peranan sikit heheh :p

      Delete
  6. bagus tak cerita banyak sebab kita belum tengok lagi. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti jadi spoiler tak best pulak tonton nanti heheh :p

      Delete
  7. salam kenal. dah lama sangat2 tak masuk panggung.. kalau nak tgk movie mmg kat rumah je dah.. dah tua2 mmg rasa malas dah. dulu2 siap balik tiba rumah kul2 pagi gara2 tgk midnite.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, salam kenal jugak :) Tengok midnight tak ramai orang kan? Rasa macam seram sejuk lak tambah-tambah kalau tengok cerita seram. Debar tu tetiba datang hahah :p

      Delete
  8. Replies
    1. Kalau nak rasa tu, heheheh kalau ada frozen 3 mesti lagi menarik :p

      Delete
  9. Lum pi tgk lagi... Nak tgk Ejen Ali dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow Ejen Ali, masa pergi haritu memang ramai jugak tengok Ejen Ali. Cepat je seat full :)

      Delete
  10. lecturer sy beria suh kami tgk filem ni. tapi opismet sy pulak ckp xyah tgk x best pun. hahaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh macam tu pulak eh, kalau macam tu kena ikut kata hati sendiri lah. Nak pergi tengok ke tak heheheh tapi cerita okay dan tak boring. Ada je part yang kelakar hehehe :p

      Delete
  11. yeahh tgk jugak.. part boring bila nyanyi byk sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul, part menyanyi tu lah rasa macam k kena chill dulu kejap. Rilek heheheh :p

      Delete
  12. Teman bawak family jugak... marathon movie start dengan Frozen dan kemudian Agen Ali pada hari yang sama. Dari pagi sampai ke malam lepak kat Setia City Mall... kikikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow pergi tengok ramai-ramai dengan family pulak tu, best betul ni. Family time :)

      Delete