Thursday, December 19, 2019

Stamp Cop untuk Planner Journal

Assalamualaikum dan hai

Jalan-jalan MR DIY, habit memang susah nak ubah sebab minat dengan stationary ni memang susah nak bawa bincang baik-baik. Mata ni cepat sangat shiny-shiny, rasa macam wahhh sangat aiya. Tengok-tengok barang, ada pulak yang melekat macam ada magnet gittew. So i guess okay memang kena beli ni, sebab nak deco-deco untuk journal nanti.

Cute stamp cop, banyak pattern pulak tu harga pun berbaloi-baloi cuma RM3.68 sahaja

Macam biasa perangai tak boleh nak sabar untuk cuba membuak-buak, tak sempat lagi nak ambil gambar dan excited sangat untuk try. See ada bekas gunting dari belakang tu, heheheh perangai tak tahu nak cakap macam mana. Cuba sabar sikit, hahahah

Lepas dari 3, 4 hari delay sebab masih ada lagi pattern yang tak dibeli di MR DIY ni, dengan bunga-bunga hati okay nasib baik ada lagi pattern yang lain. Okay, so why not kan heheheh 

Nampak sama tapi, ada yang beza jugak tau. Harga pun lagi comel cuma RM2.90 je each

Benda-benda macam ni selain dari budak-budak guna cop untuk buku dorang, boleh jugak sebagai planner journal deco-deco dengan cute stamp cop ni. Teruja betul dengan benda cop-cop ni. Dah lama jugak cari stamp cop ni, betul-betul nasib sebab terus dapat pattern comel pakej harga pun menawan

So far ini je lah collection untuk stamp cop buat masa sekarang

EXTRAS: Dapat sekali dengan ink pad siapa lagi yang tak mahu? Concept buy 1 free 1 gittew. Dah tak payah nak keluarkan duit lagi untuk beli ink pad sebab dah termasuk dalam set. Nice sangat kan?

Dah ada yang cuba, ada yang belum try lagi. Nanti lepas cuba cop tu, akan dikhabar lagi hik hik. More coming entry lagi untuk planner journal, stay tuned okay heheheh 

Tuesday, December 3, 2019

Movie Review Frozen II 2019

Assalamualaikum dan hai

Tengok section Movie Review baru je ada 1 review, nampak sangat suka tonton dah lupa nak review hahahah. Ehem, baru sempat nak menaip untuk bulan Disember. Cepat je dah sampai ke penghujung tahun 2019. Debar pulak nak counting days masuk tahun baru. Kk, jangan debar lagi. Kita buat movie review dulu ok heheh

Hujung minggu, sebelah pagi memang priority tu terletak untuk house chores. Kalau tak house chores memang bedroom routine lah. Kadang-kadang both, kadang-kadang vise versa gittew. Tapi, entri kali ni nak cerita pasal Movie Review, jangan silap masuk simpang cerita ok. Baru beberapa hari tak update blog dah nak terbabas dari tajuk ni, adeh

Frozen II | 22 November 2019 | 1hrs 43mins 

Time masuk hall haritu, wow full seat sampai ke bawah. Ramai parents bawa anak-anak dan banyak juga yang colleagues gittew. Biasa lah dah masuk musim cuti sekolah ni kan, masing-masing nak spend time dengan family sendiri dan anak-anak.

Pergi tengok cerita ni haritu, agak terganggu sedikit lah. Anak siapa lah asyik lalu lalang keluar masuk, pastu tepuk tepuk seat masa main lari-lari dalam hall time cerita tengah tayang ni. mengganggu orang. Bukan sekali dua tau, berkali-kali. Berapa kali dipijak kasut oleh budak kecik ni dan kasut pulak disepak jauh. Amboi orang nak tengok cerita, dia buat drama pulak. Anak siapa lah, haih

Antara storyline yang ada dalam cerita Frozen II:
  1. Misteri Parents Meninggal
  2. Kerjasama antara kuasa Elsa dan Anna (Sisterhood goals, wow)
  3. Watak baru   
Tak boleh bagitahu semua lah, nanti tak surprise lah kalau tengok cerita ni. Tapi, ada juga scene yang menyentuh jiwa. Rasa macam airmata nak keluar, tapi tahan k orang ramai ni. No no, tak boleh nanges hahahah walaupun airmata dah di tebing mata ni, tunggu nak keluar jatuh berderai tapi kena kental, harus heheh :p

Pengembaraan bermula lagi, mengorak misteri-misteri heheheh
Selamat menonton, enjoy your movies ok :)

Monday, November 18, 2019

Big Apple lagi :)

Assalamualaikum dan hai.

Hujung minggu mesti cheat day. Jadi, cheat day kali ni kita makan Big Apple. Big Apple lagi? Kalau dah craving nak makan tak boleh cakap apa dah. Tetap nak juga, kan kan? Mengaku je lah, pernah jugak kan. Alaa macam lah tak pernah hikhik

Jemput tengok, kk ajak. Nanti cakap tak jemput lak eheh 

 Pikir, macam mana nak habiskan ni 

Time craving makanan manis ni, dah start terliur. Kalau nak makan 1-2 is okay untuk dijadikan sebagai dessert. Makan makanan berat dan tadaaaa pemanis mulut. Makan banyak-banyak boleh jadi muak sebab manis sangat. Dah tak payah nak susah-susah nak air manis lagi dah. Minum je air kosong. Nak elakkan rasa muak je heheh

Sunday, November 17, 2019

DIY Wall Grid

Assalamualaikum, hai.

Hari ni hujung minggu, jadi decide nak buat deco sikit. Dah lama rasanya tak deco-deco bersama cik Mekar. Aicewah, macam dah pernah buat segmen ini pulak hahahah. Dari grid wire ni tersadai je kat dalam bilik kan, apa salahnya kalau kita gunakannya dengan sebaik yang mungkin.

Grid wire ini sebenarnya dah beli masa stay di Kelantan lagi. Macam biasa buat ala-ala picture wall. Kat situ lah info, kat situ lah ada gambar, dan banyak lagi lah. Jadi memang function lah selain dari dijadikan hiasan sahaja.

Grid wire ni boleh dapat di kedai-kedai offline store dan juga online. Tapi, this one memang beli di kedai offline lah. Beli di Mr DIY. Jangan risau banyak lagi kedai-kedai lain yang ada jual grid wire ni. Offline store boleh dapat di Mr. DIY, Daiso, kedai Eco pun ada jugak tau. Harga berbeza-beza dan saiz grid wire juga pelbagai saiz gittew

Boleh deco-deco ikut citarasa diri sendiri. Sebab minat bunga jadi memang akan ada bunga lah sikit eheheh. 
Bunga ni penyeri hidup orang cakap. Tapi, terpulang pada diri sendiri nak deco apa-apa pun. 

Ikut kreativiti masing-masing dan tadaaaa, dah siap deco. Terus letak di meja. Nampak kan ada tali tu? 
Heheheh ikat di meja. Kebetulan je muat-muat size grid wire dengan ruang meja tu

View dengar music video, lagu, dan buat kerja. Dah jadi workplace tetap ni heheh

Saturday, November 16, 2019

Yasmeen Nasi Kandar, Arau Perlis

Assalamualaikum dan hai.

Malam-malam tetiba craving nak makan nasi kandar. Nasib baik area sini ada nasi kandar. Jadi, esok tu terus pergi makan-makan dulu. Kenyangkan perut. Sambil tu nak cuba jugak, biasa lalu orang mesti ramai di kedai Nasi Kandar Yasmeen ni. Lagi-lagi kalau peak hours, memang kena beratur panjang. Lokasi kedai makan Yasmeen mudah je nak detact. Sebab berdepan dengan jalan besar.

Plate 1: Nasi + Kuah daging + Telur masin + Ayam 
Plate 2: Nasi + Kuah kari ayam + Ayam

Dah dapat nasi kandar, tengok portion 1 plate pun banyak tau. Ini standard punya, takde tambah nasi lebih ke ayam lebih ke memang takde. Kalau dah portion biasa pun dah banyak macam ni kan cuba bayangkan kalau portion nasi bertambah. Wow semestinya saiz portion bertambah besar dan lebih mengiurkan menu makan-makan. Tapi, jangan sampai membazir pulak tau. 

Makan makan, muka risau tengok apa benda lah aiya hahah

Nasi sangat wangi dan lembut. Kuah pun memang cukup rasa; ada rasa rempah dan garam pun cukup. Takde terlebih masin ke kekurangan garam ke. Memang ngam ngam. Tekak pun ok je boleh terima elok. Ayam sangat besar dan crispy. Makan ayam sampai boring sebab ayam besar sangat. Penggemar ayam tak boleh lepaskan peluang ni tau.

Tak hairan lah, ramai juga yang datang makan-makan di sini. Memang sedap!