Saturday, November 2, 2019

Langkawi Short Vacay 3Hari 2Malam (Part 1)

Assalamualaikum dan hai.

Dah lama nak post entri pasal trip haritu. Tapi tak berkesempatan lagi. Tapi hari ni nekad juga nak habiskan entri short trip ini sebab makin lama dibiarkan, makin bebal juga nak menaip dan nak ingat all the things kan haha. Sebab trip ni lebih dari sehari aicewah jadi entri ni akan dibahagikan kepada beberapa bahagian tau. Aku buat part 1, part 2 dan part 3 okay. Nanti takla penat nak membaca hingga ke hujung trip haha. So, let’s.

View dari jeti Kuala Perlis.

Kalau nak pergi ke Langkawi nak jimat harga tiket feri boleh naik feri dari Kuala Perlis – Langkawi tau. Harga tiket sangat berbaloi baloi untuk dewasa RM18 dan untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun cuma RM13 sahaja. Masa perjalanan juga lebih singkat sekitar 1 jam 15 minit dan dah sampai di Langkawi. Jimat wang ringgit dan masa gittew.

Yeahhhh, dah sampai di Langkawi, nice viewww k sangat nice. Nampak color air laut tu so cantik. Kk dah jangan tidur.
Kenapa gambar nampak macam tidur lak hahahah panas sangat sini sampai mata pun susah nak buka hahahahah

Dah sampai di Langkawi terus cari kereta sewa seperti yang di dalam plan. Contact owner kereta sewa, etc. Dan mari kita teruskan misi mencari kereta sewa parking di mana ya? Aiya

Kereta sewa is done, yeyyyyy

Tanpa lengah-lengah masa, terus cari makanan jap ni. Hobi makan ni memang susah nak bawa bincang. Pastu terus pergi kedai makan area Galeri Perdana. Kenyang perut, menuju terus ke tempat penginapan kita. Vrooommmmmm. Sampai je terus check in dan letak barang-barang, terus keluar lagi hahahaha. Dah nama pun jalan-jalan, mana boleh duduk bilik je.

Makam Mahsuri
Dewasa: RM12
Kanak-kanak: RM6

Ini bahagian depan Makam Mahsuri. Kota Mahsuri is also can lah.

Selalu nampak dalam cerita movie, nampak for real rasa wow besar juga eh.
Siap ada warning awal lagi dah "tolong jangan naik". Ok, kita park gambar je hehehe

Dalam Muzium Mahsuri tak boleh ambil gambar, food & drinks lagi lah tak boleh tau. Jadi kat luar muzium je lah boleh ambil gambar.
Debar-debar je masuk dalam Muzium ni, iya lah barang-barang lama jadi cuak tetiba oh kennot lah em

Tengok gambar bersejarah Langkawi masa zaman lalu, gambar lama-lama wow

Dah jadi tempat wajib kalau pergi Langkawi, mesti kena datang sini

Melawat pusara

Rasa macam main pondok-pondok pula kat sini

Mata hilang terus, cuaca cerah panas susah bawa discuss ni

Hellooooo, Selamat Datang ke Kampung Kedah. Ayuhhhhhh 

Sekitar di dalam kawasan Makam Mahsuri. Kawasan ni besar, sebab dah lenguh kaki jalan kita duduk duduk dulu. 
Sempat lagi ambik gambar kat sini haha

Sampai juga ke Telaga Mahsuri, fuhh

 Helang Langkawi berpisah tiada. Last gambar sebelum balik dari Makam Mahsuri. Ok nexttttt

Ayer Hangat Village
Dewasa: RM10
Kanak-kanak: RM5

Dah macam pergi satu tempat wajib pula ambik gambar, hahahahah

Tak masuk dalam tempat ni, ambil gambar kat luar je. Sebab? Tak bawa selipar nak berendam di sini haha. Masuk je berbayar, kat luar tak berbayar ye tuan tuan dan puan puan. Time ni pun panas tak boleh bawa bincang. Jangan jadi telur masak sudah haha

Pantai Tanjung Rhu

Pantai kat sini cantik sangat-sangat. View pun lawa. Tak payah susah susah nak pergi jauh jauh oversea nak chill fikiran, dalam Malaysia pun banyak pantai cantik cantik tau. Okay, cuci mata layan gambar duluuuu heheh

Vitamin seaaaaaaa, i am comingggggg

Nice view really so nice, very nice so cantik i kennot hahahahah

Angin sepoi-sepoi gittewwww, nasib baik tak pacakkan payung ke duduk depan pantai ni. 
Almost hahahahah jangan buat hal, panas ni

Dah berpanas-panas terik di pantai, terus balik rehat-rehat jap, mandi dan tidur ayam. Dari sampai jejak kaki tak rehat-rehat lagi. Tunggu petang lak baru keluar lagi. Cas tenaga duluan haha

Pantai Cenang

Tempat wajib ambil gambar, view yang selalu nampak mana-mana je kalau orang datang sini mesti nak gambar camni kan? 
Baik mengaku cepat! Hahahahah

 Why shoooo sherious? Hahaha?

Awan mendung bergerak kelabu tak meghalang untuk snap-some-pitcha

Nak tengok sunset punya pasal. Edisi pokok jangan tumbuh di kepala dan ok ok this much better hahahahah

Get ready nak jalan-jalan, kaki get ready kita nak jalan jauh ni hingga ke hujung jalan. 
Window shopping kedai-kedai dan mesti makanan juga. Mana boleh tinggal heheh 

Dataran Helang

Malam pulak keluar pergi jalan-jalan di Dataran Helang 

View malam-malam entahla, minat dengan lampu-lampu, colorful wow 

Sebab lapar perut dah bergendang jom cuba makanan, kedai makan terpilih ini malemmm eheks 

Menu kedai makan Esman House of Meat, yey

Semestinya pilihan char kuey teow. Makan char kuey teow ada season jugak, time betul-betul teringin tuuuu em tak usahla 
berdolak dalih eh makan je lah hahahahah

Dah penat jalan-jalan Langkawi untuk hari pertama. Jadi? Balik tempat menginap dan tidur. Esok adalah hari yang panjang. K, sleep. 

Friday, November 1, 2019

Makan makan di Ayam Penyet, Perlis


Assalamualaikum dan hai. 

Sebelum aku lupa untuk update blog, terus menaip bila ada kelapangan sikit. Tak ada lah lapang sangat, tapi boleh je lah untuk curi masa sikit untuk update blog ni. Blog kalau dah tinggal nanti, idea tak ada pula untuk menaip. Dah jadi satu hal lagi, haha.

Tunggu makanan sampai be like, hahahah

And yeahhhhh this is ayam penyet, terliur jugak time menaip ni wuu sabar k sabar

Okay, jom makaaaaaan. Dah tak sabar tengok makanan macam ni

Review: Untuk nasi ayam penyet ini overall memang okay dan kena dengan tekak. Sup ada rasa macam stok ayam sikit, rasa clean je sup ni. Sambil makan asyik cedok sup ke nasi sampai tak perasan sup dah makin surut. Sebab aku jenis susah sikit makan nasi dengan sup. Tekak ni memilih betul eh amboi amboi hahahah. Nasi, okay dan macam banyak je portion nasi tu berbaloi juga. Ayam memang superb, memang selera tekak. Makan time panas-panas wow gittew.

Jadi, recommended untuk menu nasi ayam penyet. Selamat mencuba tau :)

Tuesday, October 29, 2019

Makan- makan di Gusteau's Cafe, Perlis

Assalamualaikum, hai.

Haritu eh berbulan-bulan yang lalu, rasa macam nak try makan di Gusteau ni. Sebab ada dengar feedback dari orang cakap kat situ kita diserve macam makan di hotel 5bintang wow. Tapi, ini bukan lah tujuan utama nak pergi cuba makanan di Gusteau ni.


Ini adalah rupa kedai makan Gusteau's. Nampak cantik kan? Luar kedai pun dah nampak cantik. Dalam kedai mesti lagi cantik ni. Nama kedai dan backdrop nama kedai memang in sangat. Theme hitam putih dengan sedikit design nama kedai cafe ni.


Bahagian dalam kedai, tengok sebelah pun cantik menarik menawan dan terus rasa tertawan memikat gittew. Kemain puitis sastera gittew. Side sebelah lagi pun cantik, tapi tertarik dengan side gini je. Ini pun fast snap gittew. Ok ok, not bad.



Sampai je tempat makan, mesti tengok menu dulu. Infomative juga menu cafe ni, promote cafe melalui socmed. Sesuai dengan zaman sekarang yang lebih ke arah alam maya dalam marketing skill. 


Set up props di luar cafe pun cantik. Ala vintage style gittew. Actually decide nak makan kat luar je means kat luar depan cafe ni. Sebab nak fresh air malam-malam gittew. Okay, ke fasa sesi memikir nak makan apa eh, hahahaha


Kita interframe jap eh, bersama ice lemon tea dan iklan gigi sekali haha ya ampun 


cam besher chicken is wajibulghunnah :')


Meatball juga tak dilupakan, ehek :') 

Sebab aku makan meatball jadi aku komen meatball je la, can? Mesti lah boleh sebab aku yang tulis entri ini haha. Kalau tengok kuantiti meatball dia, total ada lapan je. Aku lebih suka sos lebih, tapi sos dia dip dip je pada meatball tu. Dan tekak tak in sangat dengan blueberry makan bersama meatball. It is a big no lah for me. Mashed potato dia ok, sedap dan recommended. 

Thursday, October 24, 2019


Can't wait to end this journey, soon. 

Wednesday, October 2, 2019

Everyday Mask by Watson drugstore

Sejak aircond almost 9 hours per day untuk setiap hari, kulit sendiri dah start buat hal. Selalu kering-kering pastu mula nak naik miss J tanpa siapa jemput pun. Kulit jadi gatal biji-biji naik sikit. 

Sebab Watson ada buat sale untuk mask baru-baru ni, jadi nak ke tak nak terpaksa beli juga mask ni untuk muka. Ye ye, mask muka ok. 

3pcs RM12, 5 pcs for RM18. Jadi rembat je lah 5pcs, bukan selalu nak jadi gegirls ni haha

Everyday mask macam in sangat dengan keadaan sekarang ni haha tapi tak pakai everyday pun wkwk. Tapi pasni inshaa Allah akan cuba rajinkan diri sendiri dengan pakai mask. Kesian kulit ni, dah lain maciam betul. Tak selesa. 

Mask ni actually tak perlu dibilas pun dan terus follow je instruction tu tapi lepas 10mins gitu, kulit muka rasa macam lain. Gatal-gatal. Tak selesa satu hal. Terus cuci muka lepas pakai mask ni, jangan pikir panjang lagi. Nanti dapat effect lain di muka :')

Sebenarnya nak bagitau pasal mask je, tapi bila baca semula macam review mask pun ada haha. Perlu buat section baru ke untuk review mask pula ni? Haha

Update 9 Oktober 2019 : Kali ketiga pakai mask ni, dan saja try mask tanpa bilas semalam, pastu kulit dah takde gatal gatal. Everything is fine. Bangun pagi bau mask je muka ni. Takde melekit lekit ke apa. So cool huh heheheh