Saturday, November 2, 2019

Langkawi Short Vacay 3Hari 2Malam (Part 1)

Assalamualaikum dan hai.

Dah lama nak post entri pasal trip haritu. Tapi tak berkesempatan lagi. Tapi hari ni nekad juga nak habiskan entri short trip ini sebab makin lama dibiarkan, makin bebal juga nak menaip dan nak ingat all the things kan haha. Sebab trip ni lebih dari sehari aicewah jadi entri ni akan dibahagikan kepada beberapa bahagian tau. Aku buat part 1, part 2 dan part 3 okay. Nanti takla penat nak membaca hingga ke hujung trip haha. So, let’s.

View dari jeti Kuala Perlis.

Kalau nak pergi ke Langkawi nak jimat harga tiket feri boleh naik feri dari Kuala Perlis – Langkawi tau. Harga tiket sangat berbaloi baloi untuk dewasa RM18 dan untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun cuma RM13 sahaja. Masa perjalanan juga lebih singkat sekitar 1 jam 15 minit dan dah sampai di Langkawi. Jimat wang ringgit dan masa gittew.

Yeahhhh, dah sampai di Langkawi, nice viewww k sangat nice. Nampak color air laut tu so cantik. Kk dah jangan tidur.
Kenapa gambar nampak macam tidur lak hahahah panas sangat sini sampai mata pun susah nak buka hahahahah

Dah sampai di Langkawi terus cari kereta sewa seperti yang di dalam plan. Contact owner kereta sewa, etc. Dan mari kita teruskan misi mencari kereta sewa parking di mana ya? Aiya

Kereta sewa is done, yeyyyyy

Tanpa lengah-lengah masa, terus cari makanan jap ni. Hobi makan ni memang susah nak bawa bincang. Pastu terus pergi kedai makan area Galeri Perdana. Kenyang perut, menuju terus ke tempat penginapan kita. Vrooommmmmm. Sampai je terus check in dan letak barang-barang, terus keluar lagi hahahaha. Dah nama pun jalan-jalan, mana boleh duduk bilik je.

Makam Mahsuri
Dewasa: RM12
Kanak-kanak: RM6

Ini bahagian depan Makam Mahsuri. Kota Mahsuri is also can lah.

Selalu nampak dalam cerita movie, nampak for real rasa wow besar juga eh.
Siap ada warning awal lagi dah "tolong jangan naik". Ok, kita park gambar je hehehe

Dalam Muzium Mahsuri tak boleh ambil gambar, food & drinks lagi lah tak boleh tau. Jadi kat luar muzium je lah boleh ambil gambar.
Debar-debar je masuk dalam Muzium ni, iya lah barang-barang lama jadi cuak tetiba oh kennot lah em

Tengok gambar bersejarah Langkawi masa zaman lalu, gambar lama-lama wow

Dah jadi tempat wajib kalau pergi Langkawi, mesti kena datang sini

Melawat pusara

Rasa macam main pondok-pondok pula kat sini

Mata hilang terus, cuaca cerah panas susah bawa discuss ni

Hellooooo, Selamat Datang ke Kampung Kedah. Ayuhhhhhh 

Sekitar di dalam kawasan Makam Mahsuri. Kawasan ni besar, sebab dah lenguh kaki jalan kita duduk duduk dulu. 
Sempat lagi ambik gambar kat sini haha

Sampai juga ke Telaga Mahsuri, fuhh

 Helang Langkawi berpisah tiada. Last gambar sebelum balik dari Makam Mahsuri. Ok nexttttt

Ayer Hangat Village
Dewasa: RM10
Kanak-kanak: RM5

Dah macam pergi satu tempat wajib pula ambik gambar, hahahahah

Tak masuk dalam tempat ni, ambil gambar kat luar je. Sebab? Tak bawa selipar nak berendam di sini haha. Masuk je berbayar, kat luar tak berbayar ye tuan tuan dan puan puan. Time ni pun panas tak boleh bawa bincang. Jangan jadi telur masak sudah haha

Pantai Tanjung Rhu

Pantai kat sini cantik sangat-sangat. View pun lawa. Tak payah susah susah nak pergi jauh jauh oversea nak chill fikiran, dalam Malaysia pun banyak pantai cantik cantik tau. Okay, cuci mata layan gambar duluuuu heheh

Vitamin seaaaaaaa, i am comingggggg

Nice view really so nice, very nice so cantik i kennot hahahahah

Angin sepoi-sepoi gittewwww, nasib baik tak pacakkan payung ke duduk depan pantai ni. 
Almost hahahahah jangan buat hal, panas ni

Dah berpanas-panas terik di pantai, terus balik rehat-rehat jap, mandi dan tidur ayam. Dari sampai jejak kaki tak rehat-rehat lagi. Tunggu petang lak baru keluar lagi. Cas tenaga duluan haha

Pantai Cenang

Tempat wajib ambil gambar, view yang selalu nampak mana-mana je kalau orang datang sini mesti nak gambar camni kan? 
Baik mengaku cepat! Hahahahah

 Why shoooo sherious? Hahaha?

Awan mendung bergerak kelabu tak meghalang untuk snap-some-pitcha

Nak tengok sunset punya pasal. Edisi pokok jangan tumbuh di kepala dan ok ok this much better hahahahah

Get ready nak jalan-jalan, kaki get ready kita nak jalan jauh ni hingga ke hujung jalan. 
Window shopping kedai-kedai dan mesti makanan juga. Mana boleh tinggal heheh 

Dataran Helang

Malam pulak keluar pergi jalan-jalan di Dataran Helang 

View malam-malam entahla, minat dengan lampu-lampu, colorful wow 

Sebab lapar perut dah bergendang jom cuba makanan, kedai makan terpilih ini malemmm eheks 

Menu kedai makan Esman House of Meat, yey

Semestinya pilihan char kuey teow. Makan char kuey teow ada season jugak, time betul-betul teringin tuuuu em tak usahla 
berdolak dalih eh makan je lah hahahahah

Dah penat jalan-jalan Langkawi untuk hari pertama. Jadi? Balik tempat menginap dan tidur. Esok adalah hari yang panjang. K, sleep. 

10 comments:

  1. Replies
    1. Cantik sangat, tak jemu. Boleh pergi lagi kot nanti, heheheh :P

      Delete
  2. terbaik.....jemput jalan jalan ke web saya lak www.simkadterbaik.com

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat jalan-jalan ke langkawi. tak cukup 3 hari 2 malam tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak cukup lagi, heheh. Entry bakal menyusul nanti :)

      Delete
  4. memang cantik la Langkawi..

    teringin sunguh nak pergi suautu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jom pergi Langkawi, banyak sangat tempat tempat menarik di sana :)

      Delete
  5. Hari tu pegi Langkawi x masuk pun Makam Mahsuri. Besar juga kawasan dia rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, besar. Kalau boleh nak stay lama lagi, tapi tempat-tempat lain sudah menunggu heheheh. Nanti pergi Langkawi, boleh pergi Makam Mahsuri pula tau :p

      Delete