Jalan-jalan MR DIY, habit memang susah nak ubah sebab minat dengan stationary ni memang susah nak bawa bincang baik-baik. Mata ni cepat sangat shiny-shiny, rasa macam wahhh sangat aiya. Tengok-tengok barang, ada pulak yang melekat macam ada magnet gittew. So i guess okay memang kena beli ni, sebab nak deco-deco untuk journal nanti.
Cute stamp cop, banyak pattern pulak tu harga pun berbaloi-baloi cuma RM3.68 sahaja
Macam biasa perangai tak boleh nak sabar untuk cuba membuak-buak, tak sempat lagi nak ambil gambar dan excited sangat untuk try. See ada bekas gunting dari belakang tu, heheheh perangai tak tahu nak cakap macam mana. Cuba sabar sikit, hahahah
Lepas dari 3, 4 hari delay sebab masih ada lagi pattern yang tak dibeli di MR DIY ni, dengan bunga-bunga hati okay nasib baik ada lagi pattern yang lain. Okay, so why not kan heheheh
Nampak sama tapi, ada yang beza jugak tau. Harga pun lagi comel cuma RM2.90 je each
Benda-benda macam ni selain dari budak-budak guna cop untuk buku dorang, boleh jugak sebagai planner journal deco-deco dengan cute stamp cop ni. Teruja betul dengan benda cop-cop ni. Dah lama jugak cari stamp cop ni, betul-betul nasib sebab terus dapat pattern comel pakej harga pun menawan
Dah ada yang cuba, ada yang belum try lagi. Nanti lepas cuba cop tu, akan dikhabar lagi hik hik. More coming entry lagi untuk planner journal, stay tuned okay heheheh
So far ini je lah collection untuk stamp cop buat masa sekarang
EXTRAS: Dapat sekali dengan ink pad siapa lagi yang tak mahu? Concept buy 1 free 1 gittew. Dah tak payah nak keluarkan duit lagi untuk beli ink pad sebab dah termasuk dalam set. Nice sangat kan?
Dah ada yang cuba, ada yang belum try lagi. Nanti lepas cuba cop tu, akan dikhabar lagi hik hik. More coming entry lagi untuk planner journal, stay tuned okay heheheh