Dah lama nak post entri pasal trip
haritu. Tapi tak berkesempatan lagi. Tapi hari ni nekad juga nak habiskan entri
short trip ini sebab makin lama dibiarkan, makin bebal juga nak menaip dan nak
ingat all the things kan haha. Sebab trip ni lebih dari sehari aicewah jadi
entri ni akan dibahagikan kepada beberapa bahagian tau. Aku buat part 1, part 2
dan part 3 okay. Nanti takla penat nak membaca hingga ke hujung trip haha. So,
let’s.
View dari jeti Kuala
Perlis.
Kalau nak pergi ke Langkawi nak jimat harga tiket feri boleh
naik feri dari Kuala Perlis – Langkawi tau. Harga tiket sangat berbaloi baloi
untuk dewasa RM18 dan untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun cuma RM13 sahaja. Masa
perjalanan juga lebih singkat sekitar 1 jam 15 minit dan dah sampai di
Langkawi. Jimat wang ringgit dan masa gittew.
Yeahhhh, dah sampai di Langkawi, nice viewww k sangat nice. Nampak color air laut tu so cantik. Kk dah jangan tidur.
Kenapa gambar nampak macam tidur lak hahahah panas sangat sini sampai mata pun susah nak buka hahahahah
Dah sampai di Langkawi terus cari kereta sewa seperti yang
di dalam plan. Contact owner kereta sewa, etc. Dan mari kita teruskan misi mencari kereta sewa parking di mana ya? Aiya
Kereta sewa is done, yeyyyyy
Tanpa lengah-lengah masa, terus cari makanan jap ni. Hobi makan ni memang susah nak bawa bincang. Pastu terus pergi kedai makan area Galeri Perdana. Kenyang perut, menuju terus ke tempat penginapan kita. Vrooommmmmm. Sampai je terus check in dan letak barang-barang, terus keluar lagi hahahaha. Dah nama pun jalan-jalan, mana boleh duduk bilik je.
Makam Mahsuri
Dewasa: RM12
Kanak-kanak: RM6
Ini
bahagian depan Makam Mahsuri. Kota Mahsuri is also can lah.
Selalu nampak dalam cerita movie, nampak for real rasa wow besar juga eh.
Siap ada warning awal lagi dah "tolong jangan naik". Ok, kita park gambar je hehehe
Dalam Muzium Mahsuri tak boleh ambil gambar, food & drinks lagi lah tak boleh tau. Jadi kat luar muzium je lah boleh ambil gambar.
Debar-debar je masuk dalam Muzium ni, iya lah barang-barang lama jadi cuak tetiba oh kennot lah em
Tengok gambar bersejarah Langkawi masa zaman lalu, gambar lama-lama wow
Dah jadi tempat wajib kalau pergi Langkawi, mesti kena datang sini
Melawat pusara
Rasa macam main pondok-pondok pula kat sini
Mata hilang terus, cuaca cerah panas susah bawa discuss ni
Hellooooo, Selamat Datang ke Kampung Kedah. Ayuhhhhhh
Sekitar
di dalam kawasan Makam Mahsuri. Kawasan ni besar, sebab dah lenguh kaki jalan
kita duduk duduk dulu.
Sempat lagi ambik gambar kat sini haha
Sampai juga ke Telaga Mahsuri, fuhh
Helang Langkawi berpisah tiada. Last gambar sebelum balik dari Makam Mahsuri. Ok nexttttt
Ayer Hangat Village
Dewasa: RM10
Kanak-kanak: RM5
Dah macam pergi satu tempat wajib pula ambik gambar, hahahahah
Tak masuk dalam tempat ni, ambil gambar kat luar je. Sebab? Tak bawa selipar nak berendam di sini haha. Masuk je berbayar, kat luar tak berbayar ye tuan tuan dan puan puan. Time ni pun panas tak boleh bawa bincang. Jangan jadi telur masak sudah haha
Pantai Tanjung Rhu
Pantai kat sini cantik sangat-sangat. View pun lawa. Tak payah susah susah nak pergi jauh jauh oversea nak chill fikiran, dalam Malaysia pun banyak pantai cantik cantik tau. Okay, cuci mata layan gambar duluuuu heheh
Vitamin seaaaaaaa, i am comingggggg
Nice view really so nice, very nice so cantik i kennot hahahahah
Angin sepoi-sepoi gittewwww, nasib baik tak pacakkan payung ke duduk depan pantai ni.
Almost hahahahah jangan buat hal, panas ni
Dah berpanas-panas terik di pantai, terus balik rehat-rehat jap, mandi dan tidur ayam. Dari sampai jejak kaki tak rehat-rehat lagi. Tunggu petang lak baru keluar lagi. Cas tenaga duluan haha
Pantai Cenang
Tempat wajib ambil gambar, view yang selalu nampak mana-mana je kalau orang datang sini mesti nak gambar camni kan?
Baik mengaku cepat! Hahahahah
Why shoooo sherious? Hahaha?
Awan mendung bergerak kelabu tak meghalang untuk snap-some-pitcha
Nak tengok sunset punya pasal. Edisi pokok jangan tumbuh di kepala dan ok ok this much better hahahahah
Get ready nak jalan-jalan, kaki get ready kita nak jalan jauh ni hingga ke hujung jalan.
Window shopping kedai-kedai dan mesti makanan juga. Mana boleh tinggal heheh
Dataran Helang
Malam pulak keluar pergi jalan-jalan di Dataran Helang
View malam-malam entahla, minat dengan lampu-lampu, colorful wow
Sebab lapar perut dah bergendang jom cuba makanan, kedai makan terpilih ini malemmm eheks
Menu kedai makan Esman House of Meat, yey
Semestinya pilihan char kuey teow. Makan char kuey teow ada season jugak, time betul-betul teringin tuuuu em tak usahla
berdolak dalih eh makan je lah hahahahah
Dah penat jalan-jalan Langkawi untuk hari pertama. Jadi? Balik tempat menginap dan tidur. Esok adalah hari yang panjang. K, sleep.