Thursday, December 19, 2019

Stamp Cop untuk Planner Journal

Assalamualaikum dan hai

Jalan-jalan MR DIY, habit memang susah nak ubah sebab minat dengan stationary ni memang susah nak bawa bincang baik-baik. Mata ni cepat sangat shiny-shiny, rasa macam wahhh sangat aiya. Tengok-tengok barang, ada pulak yang melekat macam ada magnet gittew. So i guess okay memang kena beli ni, sebab nak deco-deco untuk journal nanti.

Cute stamp cop, banyak pattern pulak tu harga pun berbaloi-baloi cuma RM3.68 sahaja

Macam biasa perangai tak boleh nak sabar untuk cuba membuak-buak, tak sempat lagi nak ambil gambar dan excited sangat untuk try. See ada bekas gunting dari belakang tu, heheheh perangai tak tahu nak cakap macam mana. Cuba sabar sikit, hahahah

Lepas dari 3, 4 hari delay sebab masih ada lagi pattern yang tak dibeli di MR DIY ni, dengan bunga-bunga hati okay nasib baik ada lagi pattern yang lain. Okay, so why not kan heheheh 

Nampak sama tapi, ada yang beza jugak tau. Harga pun lagi comel cuma RM2.90 je each

Benda-benda macam ni selain dari budak-budak guna cop untuk buku dorang, boleh jugak sebagai planner journal deco-deco dengan cute stamp cop ni. Teruja betul dengan benda cop-cop ni. Dah lama jugak cari stamp cop ni, betul-betul nasib sebab terus dapat pattern comel pakej harga pun menawan

So far ini je lah collection untuk stamp cop buat masa sekarang

EXTRAS: Dapat sekali dengan ink pad siapa lagi yang tak mahu? Concept buy 1 free 1 gittew. Dah tak payah nak keluarkan duit lagi untuk beli ink pad sebab dah termasuk dalam set. Nice sangat kan?

Dah ada yang cuba, ada yang belum try lagi. Nanti lepas cuba cop tu, akan dikhabar lagi hik hik. More coming entry lagi untuk planner journal, stay tuned okay heheheh 

Tuesday, December 3, 2019

Movie Review Frozen II 2019

Assalamualaikum dan hai

Tengok section Movie Review baru je ada 1 review, nampak sangat suka tonton dah lupa nak review hahahah. Ehem, baru sempat nak menaip untuk bulan Disember. Cepat je dah sampai ke penghujung tahun 2019. Debar pulak nak counting days masuk tahun baru. Kk, jangan debar lagi. Kita buat movie review dulu ok heheh

Hujung minggu, sebelah pagi memang priority tu terletak untuk house chores. Kalau tak house chores memang bedroom routine lah. Kadang-kadang both, kadang-kadang vise versa gittew. Tapi, entri kali ni nak cerita pasal Movie Review, jangan silap masuk simpang cerita ok. Baru beberapa hari tak update blog dah nak terbabas dari tajuk ni, adeh

Frozen II | 22 November 2019 | 1hrs 43mins 

Time masuk hall haritu, wow full seat sampai ke bawah. Ramai parents bawa anak-anak dan banyak juga yang colleagues gittew. Biasa lah dah masuk musim cuti sekolah ni kan, masing-masing nak spend time dengan family sendiri dan anak-anak.

Pergi tengok cerita ni haritu, agak terganggu sedikit lah. Anak siapa lah asyik lalu lalang keluar masuk, pastu tepuk tepuk seat masa main lari-lari dalam hall time cerita tengah tayang ni. mengganggu orang. Bukan sekali dua tau, berkali-kali. Berapa kali dipijak kasut oleh budak kecik ni dan kasut pulak disepak jauh. Amboi orang nak tengok cerita, dia buat drama pulak. Anak siapa lah, haih

Antara storyline yang ada dalam cerita Frozen II:
  1. Misteri Parents Meninggal
  2. Kerjasama antara kuasa Elsa dan Anna (Sisterhood goals, wow)
  3. Watak baru   
Tak boleh bagitahu semua lah, nanti tak surprise lah kalau tengok cerita ni. Tapi, ada juga scene yang menyentuh jiwa. Rasa macam airmata nak keluar, tapi tahan k orang ramai ni. No no, tak boleh nanges hahahah walaupun airmata dah di tebing mata ni, tunggu nak keluar jatuh berderai tapi kena kental, harus heheh :p

Pengembaraan bermula lagi, mengorak misteri-misteri heheheh
Selamat menonton, enjoy your movies ok :)