Thursday, December 19, 2019

Stamp Cop untuk Planner Journal

Assalamualaikum dan hai

Jalan-jalan MR DIY, habit memang susah nak ubah sebab minat dengan stationary ni memang susah nak bawa bincang baik-baik. Mata ni cepat sangat shiny-shiny, rasa macam wahhh sangat aiya. Tengok-tengok barang, ada pulak yang melekat macam ada magnet gittew. So i guess okay memang kena beli ni, sebab nak deco-deco untuk journal nanti.

Cute stamp cop, banyak pattern pulak tu harga pun berbaloi-baloi cuma RM3.68 sahaja

Macam biasa perangai tak boleh nak sabar untuk cuba membuak-buak, tak sempat lagi nak ambil gambar dan excited sangat untuk try. See ada bekas gunting dari belakang tu, heheheh perangai tak tahu nak cakap macam mana. Cuba sabar sikit, hahahah

Lepas dari 3, 4 hari delay sebab masih ada lagi pattern yang tak dibeli di MR DIY ni, dengan bunga-bunga hati okay nasib baik ada lagi pattern yang lain. Okay, so why not kan heheheh 

Nampak sama tapi, ada yang beza jugak tau. Harga pun lagi comel cuma RM2.90 je each

Benda-benda macam ni selain dari budak-budak guna cop untuk buku dorang, boleh jugak sebagai planner journal deco-deco dengan cute stamp cop ni. Teruja betul dengan benda cop-cop ni. Dah lama jugak cari stamp cop ni, betul-betul nasib sebab terus dapat pattern comel pakej harga pun menawan

So far ini je lah collection untuk stamp cop buat masa sekarang

EXTRAS: Dapat sekali dengan ink pad siapa lagi yang tak mahu? Concept buy 1 free 1 gittew. Dah tak payah nak keluarkan duit lagi untuk beli ink pad sebab dah termasuk dalam set. Nice sangat kan?

Dah ada yang cuba, ada yang belum try lagi. Nanti lepas cuba cop tu, akan dikhabar lagi hik hik. More coming entry lagi untuk planner journal, stay tuned okay heheheh 

Tuesday, December 3, 2019

Movie Review Frozen II 2019

Assalamualaikum dan hai

Tengok section Movie Review baru je ada 1 review, nampak sangat suka tonton dah lupa nak review hahahah. Ehem, baru sempat nak menaip untuk bulan Disember. Cepat je dah sampai ke penghujung tahun 2019. Debar pulak nak counting days masuk tahun baru. Kk, jangan debar lagi. Kita buat movie review dulu ok heheh

Hujung minggu, sebelah pagi memang priority tu terletak untuk house chores. Kalau tak house chores memang bedroom routine lah. Kadang-kadang both, kadang-kadang vise versa gittew. Tapi, entri kali ni nak cerita pasal Movie Review, jangan silap masuk simpang cerita ok. Baru beberapa hari tak update blog dah nak terbabas dari tajuk ni, adeh

Frozen II | 22 November 2019 | 1hrs 43mins 

Time masuk hall haritu, wow full seat sampai ke bawah. Ramai parents bawa anak-anak dan banyak juga yang colleagues gittew. Biasa lah dah masuk musim cuti sekolah ni kan, masing-masing nak spend time dengan family sendiri dan anak-anak.

Pergi tengok cerita ni haritu, agak terganggu sedikit lah. Anak siapa lah asyik lalu lalang keluar masuk, pastu tepuk tepuk seat masa main lari-lari dalam hall time cerita tengah tayang ni. mengganggu orang. Bukan sekali dua tau, berkali-kali. Berapa kali dipijak kasut oleh budak kecik ni dan kasut pulak disepak jauh. Amboi orang nak tengok cerita, dia buat drama pulak. Anak siapa lah, haih

Antara storyline yang ada dalam cerita Frozen II:
  1. Misteri Parents Meninggal
  2. Kerjasama antara kuasa Elsa dan Anna (Sisterhood goals, wow)
  3. Watak baru   
Tak boleh bagitahu semua lah, nanti tak surprise lah kalau tengok cerita ni. Tapi, ada juga scene yang menyentuh jiwa. Rasa macam airmata nak keluar, tapi tahan k orang ramai ni. No no, tak boleh nanges hahahah walaupun airmata dah di tebing mata ni, tunggu nak keluar jatuh berderai tapi kena kental, harus heheh :p

Pengembaraan bermula lagi, mengorak misteri-misteri heheheh
Selamat menonton, enjoy your movies ok :)

Monday, November 18, 2019

Big Apple lagi :)

Assalamualaikum dan hai.

Hujung minggu mesti cheat day. Jadi, cheat day kali ni kita makan Big Apple. Big Apple lagi? Kalau dah craving nak makan tak boleh cakap apa dah. Tetap nak juga, kan kan? Mengaku je lah, pernah jugak kan. Alaa macam lah tak pernah hikhik

Jemput tengok, kk ajak. Nanti cakap tak jemput lak eheh 

 Pikir, macam mana nak habiskan ni 

Time craving makanan manis ni, dah start terliur. Kalau nak makan 1-2 is okay untuk dijadikan sebagai dessert. Makan makanan berat dan tadaaaa pemanis mulut. Makan banyak-banyak boleh jadi muak sebab manis sangat. Dah tak payah nak susah-susah nak air manis lagi dah. Minum je air kosong. Nak elakkan rasa muak je heheh

Sunday, November 17, 2019

DIY Wall Grid

Assalamualaikum, hai.

Hari ni hujung minggu, jadi decide nak buat deco sikit. Dah lama rasanya tak deco-deco bersama cik Mekar. Aicewah, macam dah pernah buat segmen ini pulak hahahah. Dari grid wire ni tersadai je kat dalam bilik kan, apa salahnya kalau kita gunakannya dengan sebaik yang mungkin.

Grid wire ini sebenarnya dah beli masa stay di Kelantan lagi. Macam biasa buat ala-ala picture wall. Kat situ lah info, kat situ lah ada gambar, dan banyak lagi lah. Jadi memang function lah selain dari dijadikan hiasan sahaja.

Grid wire ni boleh dapat di kedai-kedai offline store dan juga online. Tapi, this one memang beli di kedai offline lah. Beli di Mr DIY. Jangan risau banyak lagi kedai-kedai lain yang ada jual grid wire ni. Offline store boleh dapat di Mr. DIY, Daiso, kedai Eco pun ada jugak tau. Harga berbeza-beza dan saiz grid wire juga pelbagai saiz gittew

Boleh deco-deco ikut citarasa diri sendiri. Sebab minat bunga jadi memang akan ada bunga lah sikit eheheh. 
Bunga ni penyeri hidup orang cakap. Tapi, terpulang pada diri sendiri nak deco apa-apa pun. 

Ikut kreativiti masing-masing dan tadaaaa, dah siap deco. Terus letak di meja. Nampak kan ada tali tu? 
Heheheh ikat di meja. Kebetulan je muat-muat size grid wire dengan ruang meja tu

View dengar music video, lagu, dan buat kerja. Dah jadi workplace tetap ni heheh

Saturday, November 16, 2019

Yasmeen Nasi Kandar, Arau Perlis

Assalamualaikum dan hai.

Malam-malam tetiba craving nak makan nasi kandar. Nasib baik area sini ada nasi kandar. Jadi, esok tu terus pergi makan-makan dulu. Kenyangkan perut. Sambil tu nak cuba jugak, biasa lalu orang mesti ramai di kedai Nasi Kandar Yasmeen ni. Lagi-lagi kalau peak hours, memang kena beratur panjang. Lokasi kedai makan Yasmeen mudah je nak detact. Sebab berdepan dengan jalan besar.

Plate 1: Nasi + Kuah daging + Telur masin + Ayam 
Plate 2: Nasi + Kuah kari ayam + Ayam

Dah dapat nasi kandar, tengok portion 1 plate pun banyak tau. Ini standard punya, takde tambah nasi lebih ke ayam lebih ke memang takde. Kalau dah portion biasa pun dah banyak macam ni kan cuba bayangkan kalau portion nasi bertambah. Wow semestinya saiz portion bertambah besar dan lebih mengiurkan menu makan-makan. Tapi, jangan sampai membazir pulak tau. 

Makan makan, muka risau tengok apa benda lah aiya hahah

Nasi sangat wangi dan lembut. Kuah pun memang cukup rasa; ada rasa rempah dan garam pun cukup. Takde terlebih masin ke kekurangan garam ke. Memang ngam ngam. Tekak pun ok je boleh terima elok. Ayam sangat besar dan crispy. Makan ayam sampai boring sebab ayam besar sangat. Penggemar ayam tak boleh lepaskan peluang ni tau.

Tak hairan lah, ramai juga yang datang makan-makan di sini. Memang sedap!

Friday, November 15, 2019

Movie Review: Dendam Pontianak 2019

Assalamualaikum dan hai

Pikir-pikir hujung minggu nak tengok cerita apa eh. Sebab masa tu memang ada pilihan untuk tengok cerita. Ada 2 cerita nak tengok. Tapi, akhirnya pilih cerita Dendam Pontianak atau Revenge of the Pontianak jugak. Cerita ni baru je ditayangkan pada bulan September 2019 yang lepas. Kira baru lagi lahhh, panas panas keluar dari oven gittew

Tengok tajuk pun dah tahu memang cerita ni seram. Takut-takut berani je masa awal-awal nak tengok tapi takpe cerita je pun okay memang proceed kita tengok je terus. Apa salahnya, mencuba tengok cerita macam ni kan?

Nak tengok cerita ni sebenarnya sebab ada Hisyam Hamid heheheh entah macam mana boleh terminat dengan dia. Steady je tengok dia berlakon, kalau dah minat semua nampak indah kan kan heheheh. Selain dari Hisyam Hamid semestinya lah Fazura sebagai watak utama dalam cerita ni dan lain-lain pelakon ialah Remy Ishak, Shenty Feliziana, Tony Eusoff, Nam Ron, Nadia Aqilah, Nik Harraz Danish, Wan Hanafi Su, Nadiah M.Din

Detik cakap "selamanya" tu terus rasa lain macam weh, scene dah nak masuk. Debar

Tak nak jadi spoiler sangat untuk jalan cerita, tapi kalau bagitau pasal ending okay kan? hahahah ending cerita ni tergantung. Spoil gak lah rasanya. Tengok cerita ini malam-malam pastu nak balik ke rumah lak em lain macam betul perasaan tu. Dari besher-besher je feeling tengok cerita ni terus jadi berdebar dup dap. Tenang k tenang hahahah

Kalau nak tahu lebih pasal cerita ni, kena tengok tau. Kalau tak berani, boleh je tengok ramai-ramai buat movie time ke kan so kurang lah sikit rasa seram debar-debar tu tau. Dah dah, jangan takut. Belum tengok lagi kan cerita ni. Tengok dulu baru rasai pengalaman tu sendiri. Takut ke idok heheh

Sunday, November 10, 2019

Langkawi Short Vacay 3Hari 2Malam (Part 3)

Assalamualaikum dan hai.

Dah sampai part last untuk entri cuti-cuti di Langkawi. Kalau ada yang masih belum baca entri Part 1 & Part 2, boleh directly klik pada link tau. Sebab hari ketiga, masa yang sangat terhad. Jadi, bangun bangun terus mandi dan bergerak ke tempat shopping yang paling membahagiakan perut dan juga lemak-lemak yang bakal menempel. Tapi, demi chocolate takpe, hikhik bukan selalu :P

Masa untuk cuci mata dengan chocolate, manisssss  

 Mata sendiri pun dah timbul love love dengan chocolate ni

HIG (Haji Ismail Group), shopping shopping semua beg plastik besar-besar wow pelangi perut 

Last, sebelum balik 

Dah selesai hantar kereta sewa ke pangkuan owner, tiket balik pun dah beli. Jadi, sekian ceritera cuti-cuti kita kali ni. Gebye, :P

Thursday, November 7, 2019

Langkawi Short Vacay 3Hari 2Malam (Part 2)

Assalamualaikum, hai.

Haritu dah cerita tentang Langkawi Short Vacay Part 1, ok sekarang nak sambung untuk Part 2 pula. Entri dalam blog jadi entri bergambar. Jadi boleh la cuci mata kejap, sambil pikir on tak on nak datang di tempat yang sangat menarik ni. Ok, let's.

 Time ni tengah menunggu, eh sempat pula selfie. Alaa, kasi chance la kan? Heheh

Oriental Village, Langkawi
Okay, dah sampaiiii

Time ni tengah tengok ikan. Ikan banyak sangat-sangat, besar besar lak tu.
 Anak ikan mak gittew, ops hahahahaha

Berjalan betul ni, dari hujung ke hujung. Kaki ok ke tuuuuu heheh

Time ni tengah tunggu turn untuk masuk ke dalam. Ada jam-jam juga tau, ada number lagi.
Sempat lagi nampak benda hijau ni macam cute sangat alahai

 Dah sampai station ke berapa ni eh? Tapi view dia sangat cool.

Museum 3D Art, Langkawi
Pakcik Einstein, tumpang lalu sikit 

Kawan baru Alice in the Worderland ni, wow hahahahah 

Meniti nak pergi istana jauh di sana

Sepatutnya jadi aksi ganas, tapi balik tabir kena so so je kot, in real
 baru betul-betul ganas kot hahahahah

Ditiup buih beracun kena hinopsis untuk tolong buai laju-laju 

Melawat zaman purba, kena masuk gua sekali tau

Sempena nak masuk tahun baru ni, awal pula terbunga api heheh 

Terfaktab sikit ni

Angan-angan jadi merak, tapi kena masuk dalam ni ambil permit dulu heheh

Dunia cartoon, robotic doodle is so me heheheh ft. feel love by big teddy hiks

Kat sini ada showtime dia. Sempat juga tengok super lawa sangat, nice story. 
Kalau nak tahu, memang kena datang sini tau. Tak mengecewakan, betul.  

 Dah start dah sesi survey chocolate. Lemah betul dengan chocolate ni, m&m tetap di hati heheh

 Chocolate favourite semua orang, kiss eh kisses

Kat sini ada parents bawa anak-anak main macam-macam toys ada, boleh la chill malam malam. Sebelah lak ada tempat makan. 
Lepas makan boleh main sambil santai perut juga heheh

Nantikan part 3 pula, last short vacay kita di Langkawi. See ya! :3

Monday, November 4, 2019

Planner for a new journey

Baru nak cuba-cuba untuk bullet journal pula. Dulu buat planner untuk rekod rutin student je. 
Moga diberi idea yang lawa-lawa kreatif gittewww, heheh 


Sunday, November 3, 2019

The only mummy kitty, here

 Kalau hari cuti je, mesti akan ada dia datang bilik senyap-senyap, masuk melalui panjat tingkap di bilik ini. 
Nyenyak betul tidur ni hahahaha sampai ke petang juga ni kalau tidurnya tenang, aiya

Saturday, November 2, 2019

Langkawi Short Vacay 3Hari 2Malam (Part 1)

Assalamualaikum dan hai.

Dah lama nak post entri pasal trip haritu. Tapi tak berkesempatan lagi. Tapi hari ni nekad juga nak habiskan entri short trip ini sebab makin lama dibiarkan, makin bebal juga nak menaip dan nak ingat all the things kan haha. Sebab trip ni lebih dari sehari aicewah jadi entri ni akan dibahagikan kepada beberapa bahagian tau. Aku buat part 1, part 2 dan part 3 okay. Nanti takla penat nak membaca hingga ke hujung trip haha. So, let’s.

View dari jeti Kuala Perlis.

Kalau nak pergi ke Langkawi nak jimat harga tiket feri boleh naik feri dari Kuala Perlis – Langkawi tau. Harga tiket sangat berbaloi baloi untuk dewasa RM18 dan untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun cuma RM13 sahaja. Masa perjalanan juga lebih singkat sekitar 1 jam 15 minit dan dah sampai di Langkawi. Jimat wang ringgit dan masa gittew.

Yeahhhh, dah sampai di Langkawi, nice viewww k sangat nice. Nampak color air laut tu so cantik. Kk dah jangan tidur.
Kenapa gambar nampak macam tidur lak hahahah panas sangat sini sampai mata pun susah nak buka hahahahah

Dah sampai di Langkawi terus cari kereta sewa seperti yang di dalam plan. Contact owner kereta sewa, etc. Dan mari kita teruskan misi mencari kereta sewa parking di mana ya? Aiya

Kereta sewa is done, yeyyyyy

Tanpa lengah-lengah masa, terus cari makanan jap ni. Hobi makan ni memang susah nak bawa bincang. Pastu terus pergi kedai makan area Galeri Perdana. Kenyang perut, menuju terus ke tempat penginapan kita. Vrooommmmmm. Sampai je terus check in dan letak barang-barang, terus keluar lagi hahahaha. Dah nama pun jalan-jalan, mana boleh duduk bilik je.

Makam Mahsuri
Dewasa: RM12
Kanak-kanak: RM6

Ini bahagian depan Makam Mahsuri. Kota Mahsuri is also can lah.

Selalu nampak dalam cerita movie, nampak for real rasa wow besar juga eh.
Siap ada warning awal lagi dah "tolong jangan naik". Ok, kita park gambar je hehehe

Dalam Muzium Mahsuri tak boleh ambil gambar, food & drinks lagi lah tak boleh tau. Jadi kat luar muzium je lah boleh ambil gambar.
Debar-debar je masuk dalam Muzium ni, iya lah barang-barang lama jadi cuak tetiba oh kennot lah em

Tengok gambar bersejarah Langkawi masa zaman lalu, gambar lama-lama wow

Dah jadi tempat wajib kalau pergi Langkawi, mesti kena datang sini

Melawat pusara

Rasa macam main pondok-pondok pula kat sini

Mata hilang terus, cuaca cerah panas susah bawa discuss ni

Hellooooo, Selamat Datang ke Kampung Kedah. Ayuhhhhhh 

Sekitar di dalam kawasan Makam Mahsuri. Kawasan ni besar, sebab dah lenguh kaki jalan kita duduk duduk dulu. 
Sempat lagi ambik gambar kat sini haha

Sampai juga ke Telaga Mahsuri, fuhh

 Helang Langkawi berpisah tiada. Last gambar sebelum balik dari Makam Mahsuri. Ok nexttttt

Ayer Hangat Village
Dewasa: RM10
Kanak-kanak: RM5

Dah macam pergi satu tempat wajib pula ambik gambar, hahahahah

Tak masuk dalam tempat ni, ambil gambar kat luar je. Sebab? Tak bawa selipar nak berendam di sini haha. Masuk je berbayar, kat luar tak berbayar ye tuan tuan dan puan puan. Time ni pun panas tak boleh bawa bincang. Jangan jadi telur masak sudah haha

Pantai Tanjung Rhu

Pantai kat sini cantik sangat-sangat. View pun lawa. Tak payah susah susah nak pergi jauh jauh oversea nak chill fikiran, dalam Malaysia pun banyak pantai cantik cantik tau. Okay, cuci mata layan gambar duluuuu heheh

Vitamin seaaaaaaa, i am comingggggg

Nice view really so nice, very nice so cantik i kennot hahahahah

Angin sepoi-sepoi gittewwww, nasib baik tak pacakkan payung ke duduk depan pantai ni. 
Almost hahahahah jangan buat hal, panas ni

Dah berpanas-panas terik di pantai, terus balik rehat-rehat jap, mandi dan tidur ayam. Dari sampai jejak kaki tak rehat-rehat lagi. Tunggu petang lak baru keluar lagi. Cas tenaga duluan haha

Pantai Cenang

Tempat wajib ambil gambar, view yang selalu nampak mana-mana je kalau orang datang sini mesti nak gambar camni kan? 
Baik mengaku cepat! Hahahahah

 Why shoooo sherious? Hahaha?

Awan mendung bergerak kelabu tak meghalang untuk snap-some-pitcha

Nak tengok sunset punya pasal. Edisi pokok jangan tumbuh di kepala dan ok ok this much better hahahahah

Get ready nak jalan-jalan, kaki get ready kita nak jalan jauh ni hingga ke hujung jalan. 
Window shopping kedai-kedai dan mesti makanan juga. Mana boleh tinggal heheh 

Dataran Helang

Malam pulak keluar pergi jalan-jalan di Dataran Helang 

View malam-malam entahla, minat dengan lampu-lampu, colorful wow 

Sebab lapar perut dah bergendang jom cuba makanan, kedai makan terpilih ini malemmm eheks 

Menu kedai makan Esman House of Meat, yey

Semestinya pilihan char kuey teow. Makan char kuey teow ada season jugak, time betul-betul teringin tuuuu em tak usahla 
berdolak dalih eh makan je lah hahahahah

Dah penat jalan-jalan Langkawi untuk hari pertama. Jadi? Balik tempat menginap dan tidur. Esok adalah hari yang panjang. K, sleep.