Wednesday, December 26, 2018

Review Maggi Pedas Giler

Assalamualaikum dan hai.

Kali ni nak bagi review sikit tentang maggi yang tengah viral sangat sekarang ni. Takkan tak try? Tengok review di youtube. Ada cakap memang betul² pedas berapi mulut gitu.

So sebab kite malas nak keluar hari ni, kite decide makan je lah apa yang ada haha. Sebab semalam keluar beli burger pastu ada beli maggi pedas giler ni jugak jadi jom kite give a try.

Sebenarnya kite tak ingat ni kali ke berapa makan maggi pedas giler ni sebab kite dah pernah cuba makan sebelum ni. Sesuap dua gitu je dengan housemate dulu. Tapi, allahu di punya pedas memang menangis macam sila meninggal haha pedas giler tak tahu nak cakap macam mana lagi dah.

Saja kite nak try makan sensorang haha sebab kite nak tengok tahap pedas amat tu macam mana. Tak tahu kenapa tiber rajin mungkin sebab maggi ni kosong sangat kot haha. Kite siap letak sosej potong kecik² dengan bebola yang letak dalam bakso tu potong kecik² jugak. Letak kicap kicap maggi sikit; perisa.


Haa, lupa nak ambik pic masa awal tu haha sebab lapar. Bila dah makan baru reti erti sesal pedas tu macam mana.

Kite letak sikit je half perencah tu. Tu pun dah drama nanges keluar airmata, air hidung semua haha. Bibir pun dah start bengkak sebab pedas sangat. Kite memang bukan fan makan pedas jadi, sesape yang tak tahan pedas ke tapi nak jugak makan kan haha boleh je kongsi dulu dengan member² ke. Sebab? Elakkan pembaziran. Jangan dah makan pastu pedas, terus give up campak terus maggi ke jiran sebelah rumah. Jangan k jangan haha

Sambil review study business records boleh pulak sulam makan maggi pedas giler ni. Lagi bertambah berasap otak haha

Ok ok, gerak dulu.

Wednesday, December 19, 2018

Goodbye 2018?




Permulaan baru untuk bulan yang baru. Kita dah sapai ke penghujung tahun 2018, sekejap? Mungkin rasa sekejap je sebab dah tiber dah hujung 2018 kan.  Untuk tahun ni aku dah tempuh macam-macam. Kena describe ke? :)

Ini karena (Indonesia version ke) Sebab aku juga seperti orang lain yang memerlukan orang yang sentiasa support aku dari belakang. Abah, mama, adik, abang, kakak and kawan-kawan. Scope kawan ni boleh kata semakin hari seakin mengecil. Dan aku tahu semua orang turut rasa macam ni.

Thank you supporters I feel alive back. Forever my sweetest things

Seriously rindu nak blogging. Aku berhenti blogging saat nama ingin naik memang satu kerugian untuk diri sendiri. Sebab nak naik semula memang fuh jauh tu.