Thursday, September 28, 2017

Assalamualaikum. Hai

Dah sampai di bumi Machang, Kelantan. Alhamdulillah selamat sampai bersama dengan family; mama abah dan adik lelaki. Memang planning nak tiba awal sebab nak tinjau sikit-sikit kawasan sini. At least, tak rasa kekok atau ada jugak info tentang sesuatu tempat kan. Hari ni dah 8 hari di zon Pantai Timur.

Hari pertama di Machang bersama dengan keluarga, mungkin orang akan kata indah belaka kot. Aku tak dapat nak adapt lagi dengan makanan sini yang super manis and sikit-sikit manis. Manis tu macam wajib ada dalam makanan. Sepanjang bersama keluarga ni, aku memang jarang makan even though parents ajak makan atau mintak pilih makanan. Aku susah nak terima makanan.

Hari pertama di Machang tanpa keluarga, life berdikari yang super kaw kaw. Banyak aspek antaranya rumah sewa, degree life, money dan ada lagi lah yang lain-lain. Nak communicate dengan orang Kelantan pun susah sikit sebab dialek yang berbeza lain macam sikit. Eh bukan sikit, banyak.

Classmate majority kelantanese. Housemate so far okay. Roommate aku orang kelantan jugak haha. Aku rasa macam dah truely life Kelantan kat sini. Sadis

p/s: Dah tulis tapi lupa nak post. Publish. Sorry

Tuesday, September 5, 2017

Raya Qorban

Assalamualaikum. Hai.

Sambutan Hari Raya AidilAdha/ Hari Raya Haji/ Hari Raya Korban ala kadar sahaja. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menyambut bersama mama abah dan adik beradik yang lain. Syukur, masih dipanjangkan umur hingga ke hari ini.

Pagi raya aku beshe beshe tapi tetap rasa sangat bersyukur. Ada buat makan makan, bakaq bakaq daging dengan keluarga. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan cuaca pun baik.