Sunday, December 31, 2017

Rangkuman 2017

Assalamualaikum dan hai

Sedar tak sedar and this is so cliché lah semua orang acah sedar tak sedar kan sebab 2017 dah nak tiba ke penghujungnya yehhhh yehhhh haha memasing tanak kalah jadi keyboard warrior posting memori suka duka pahit gentirrr perjalanan liku-liku dalam hidup 2017. Dan aku pun salah seorang darinya lah haha. Okay, let’s start ittttttt!

2017 so meaningful to me sebab jeng jenggg jeng sebab ini lah stage last dan stage awal yang aku kena hadap sebelum kawen. Pergh straight to the point betul ni haha. Kenapa macam terbalik je stage last dulu baru stage awal? Haa sebab stage last is it is my senior year untuk diploma then stage awal is my life into degree. It is so academic. Sorry haha

2017, banyak ajar aku macam macam. Dari benda sekecik zarah hingga lah ke benda nampak dengan mata kasar. Kadang benda tak nampak pun da nada instinct dah apa nak jadi pasni. Ini lah hidup ye tsk tsk. Aku takkan lupa apa jadi dalam life sepanjang hari hari dalam 2017 ni


Saturday, November 18, 2017

Saturday, November 11, 2017

Break for 5 Days

Assalamualaikum dan hai.  

Selamat bercuti untuk 5 hari haha break sebelum ditimpa hari-hari busy lagi. Semester ni banyak cuti ya ampun. Bila banyak cuti, banyakla class ganti. Mari lah berhuhuhu. Sis tabah. Tak tabah pun kena tabah hokehhhh haha. Sebenarnya tak cuti 5 hari pun, sebab khamis lepas tetap ada class macam biasa. Sebab dalam class schedule pun khamis tetap ada class ok. Tahniah untuk awak-awak yang cuti hari khamis yang free hari khamis. Sis jealous k sis jealous huh

Cuti 5 hari eh cuti 4 hari, kena manfaatkan dengan kerja yang produktif.  Rehat-rehat jugak, tapi jangan lupa tanggungjawab belajar kat sini. Utamakan pelajaran walau apapun yang terjadi. Masalah lain, tolong ambik letak tepi dulu. Belajar dulu k belajar.

Tergerak hati konon nak update blog sebab takmau tinggal blog lama-lama. Nanti berhabuk debu bersarang. Saranghae takpe, jangan sarang yang lain dah haha


Kenapa muka nampak bahagia sangat musafir tempat orang? aduh aduhh haha 
Sebenarnya muka senang hati sebab ada free time nak balik rumah sewa terus. Class dah habis hahahah

Thursday, September 28, 2017

Assalamualaikum. Hai

Dah sampai di bumi Machang, Kelantan. Alhamdulillah selamat sampai bersama dengan family; mama abah dan adik lelaki. Memang planning nak tiba awal sebab nak tinjau sikit-sikit kawasan sini. At least, tak rasa kekok atau ada jugak info tentang sesuatu tempat kan. Hari ni dah 8 hari di zon Pantai Timur.

Hari pertama di Machang bersama dengan keluarga, mungkin orang akan kata indah belaka kot. Aku tak dapat nak adapt lagi dengan makanan sini yang super manis and sikit-sikit manis. Manis tu macam wajib ada dalam makanan. Sepanjang bersama keluarga ni, aku memang jarang makan even though parents ajak makan atau mintak pilih makanan. Aku susah nak terima makanan.

Hari pertama di Machang tanpa keluarga, life berdikari yang super kaw kaw. Banyak aspek antaranya rumah sewa, degree life, money dan ada lagi lah yang lain-lain. Nak communicate dengan orang Kelantan pun susah sikit sebab dialek yang berbeza lain macam sikit. Eh bukan sikit, banyak.

Classmate majority kelantanese. Housemate so far okay. Roommate aku orang kelantan jugak haha. Aku rasa macam dah truely life Kelantan kat sini. Sadis

p/s: Dah tulis tapi lupa nak post. Publish. Sorry

Tuesday, September 5, 2017

Raya Qorban

Assalamualaikum. Hai.

Sambutan Hari Raya AidilAdha/ Hari Raya Haji/ Hari Raya Korban ala kadar sahaja. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menyambut bersama mama abah dan adik beradik yang lain. Syukur, masih dipanjangkan umur hingga ke hari ini.

Pagi raya aku beshe beshe tapi tetap rasa sangat bersyukur. Ada buat makan makan, bakaq bakaq daging dengan keluarga. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan cuaca pun baik.

Monday, August 7, 2017

Degree Intake, Alhamdulillah

Assalamuaikum. Hai.

4/8/2017 jam 3 petang result untuk budak-budak penerapan uitm keluar. Benda yang ditunggu-tunggu setiap student. Nervous yakmat sebab nak kena campak ke mana. Masing-masing macam malas nak check result. Tapi jauh dalam sudut hati, bukan malas. Tapi , cuak. Mungkin sebab takut kalau terpisah dengan kawan-kawan yang setia masa zaman diploma dulu. Takut kena campak sensorang tanpa teman disisi. At least, one person beside us. Then, it will makes us feeling better. Right?

Aku bangun pagi, memang takmau langsung pikir pasal result ni. Sebab aku nampak bayangan lain. Sebelum tidur pun, aku nampak bayangan lain. Bukan tempat yang aku ingin tuju. Aku cuba distract myself untuk buat benda-benda yang boleh elakkan aku dari berfikir untuk tunggu time check result. Macam biasa routine cuti-cuti aku ni, aku akan tonton kdrama yang aku dah sedia record di tv. Habis cerita kdrama ni, aku cuba cari channel yang boleh buat aku leka dengan dunia hiburan sat. Pastu, baru aku back to reality untuk bersama bilikku syurgaku. Aiceh.

Aku check result around 3.20 – 3.40pm gitu. Masa nak check tu memang dah berharap macam-macam. Cuak pun ada. Tapi, masih berfikir yang sebaliknya. Dan click!

Aku dapat sambung belajaq dalam kos yang aku nak sangat. Simpan cita-cita dari semester 2 diploma untuk kos ni. Tapi, dapat tempat tak masyuk. Aku ditakdirkan untuk ke Machang, Kelantan. Time tu aku speechless. Lama jugak aku tenung result ni. Bayangan menjadi reality. Bye Puncak Perdana, kita memang tidak dijodohkan atas factor course.

Aku dapat :

IM245 SARJANA MUDA SAINS MAKLUMAT (KEPUJIAN) PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT
FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT,
Machang Kelantan.

Wednesday, July 19, 2017

Planner urus daily routine untuk student

Hai. Assalamualaikum.

Kali ni nak cerita pasal planner yang aku jayakan masa aku belajar diploma dulu. Aku start buat planner dari Semester 2 sampai la aku habis belajar. Planner ni jadi macam sebahagian dari life aku sendiri.

Aku mula buat planner sebab obviously aku jenis cepat tertarik dengan benda yang dapat handle life aku dengan cekap dan berkesan. Dengan masa yang sangat menjeleskan aku dari masa ke semasa memang aku decide terus untuk buat planner dan secara tak langsung dengan adanya planner aku dapat mendisiplinkan diri aku dengan hargai masa yang ada.

Time aku Semester 2, aku ialah sebahagian dari kelab akademik untuk fakulti pengurusan maklumat. Dari situ dengan busy assignment, test, quiz, pop quiz dan sebagainya aku tak terkecuali dari mengejar masa untuk hadirkan diri bagi kelab akademik yang rata-rata tak tentu masa untuk meeting. Masa tu aku cuba handle time management untuk diri aku supaya lebih terurus dengan hal-hal dalam life day aku.

Semester 2



Ini planner aku masa Semester 2. Nampak colorful macam rainbow. Simple tp fit on my routine very well cewah hahaha. Font pun simple jugak sebab takmau terlalu crowded dan tenggelam dengan benda yang penting.

Semester 3

Time aku Semester 3 aku advanced sikit untuk planner; student planner. Cuti semester aku banyak explore benda yang menarik yang lebih memudahkan hal kerja aku. 

Biasa lah bila dah meningkat semester akan lebih busy dengan macam-macam hal dan kerja. Jadi untuk lebih alert dengan tugasan, aku plan untuk assignment due dates then aku boleh siapkan which one should do it first.


Aku buat list important contacts untuk lecturer aku. Sebab phone aku selalu drain battery dan aku selalu jugak pakai phone untuk kerja-kerja. Jadi kalau ada emergency meet up dengan lecturer ke apa aku memang refer this printed planner lah. Dan memang berguna untuk others jugak sebab classmate selalu tanya pasal mana bilik lecturer lah, number phone lecturer lah. So, this is very useful not only for me but for my members in class too. 


Sebab aku terlalu busy dengan mencari bahan and generate new idea yang tak kunjung tiba then feel free untuk planner baru ni so aku pakai je lah template time aku Semester 2 dulu. Rasa diri sendiri macam lame jugak sebab nothing changed pun dalam template ni. Tapi, Alhamdulillah it surely fit on my routine so well.

Semester 4

Masa aku Semester 4, aku cari jugak sesuatu yang baru. Sebab bila aku dah tertarik dengan life as a planner, memang aku terus-terusan akan cuba differentiate dengan sesuatu yang tersedia ada. Aku lebih suka buat sendiri dari download and use sebab kadang-kadang tak semua info dalam planner tu menepati kriteria keperluan maklumat yang kita nak.


Aku buat calendar sendiri dalam erti kata calendar berdasarkan hari-hari kuliah untuk aku.
Dalam calendar aku, kuning tu mewakili cuti dan hijau mewakili exam week. Dan setiap bulan aku khaskan karakter yang berlainan yang mewakili bulan tahap kekusutan diri aku hahaha.

June 2016 - Aku letak rusa cantik sebab bulan awal untuk semester baru. Jadi, kekonon bulan yang lapang minda boleh cecantik sikit hahaha.
July 2016 – Aku letak kucing pakai speck which is aku still boleh main-main tapi kena focus dengan matlamat heheh
August 2016 – Aku letak gambar perempuan yang nampak penat letih. Sebab dah mula harian bukan 24hrs per day.
September 2016 – Aku letak coffee sebab aku kena stay up dengan kerja-kerja mendatang tahap tsunami yang super overload. Aku kena berjaga hingga ke lewat pagi.
October 2016 – Aku letak gambar perempuan yang nampak tenggorak macam half hidup mati sebab bulan tu dah start bulan yang pecah kepala nak jawab paper exam.

Kesimpulannya, aku bukan saja-saja letak gambar. Setiap bulan serta gambar ada motif tersendiri.

Aku maintain pakai template yang sama sebab selesa. Aku cuma tukar monthly font.

Semester 5

Akhirnya dah tiba semester terakhir aku. Untuk semester terakhir aku, aku nak kelainan. Special. 



Minat sangat dengan kucing sampai ke planner sendiri pun letak kucing. Header kucing acah genster gitu hahaha. Aku happy dan sangat berpuas hati sebab sentuhan jari jemari aku sendiri. 

Okay habis dah show untuk planner aku dari semester 2 hingga ke semester 5. 

Kalau perasan, atas sebelah kanan ada week sebab takmau bagi diri sendiri lalai dan elak aku main-main banyak time study. Bila aku nampak week berapa tu then aku akan lebih behave untuk focus main goals aku. 

Thursday, July 13, 2017

Syukur, stage awal tangga Diploma ✔

Hai. Assalamualaikum.

Hari ni take time sikit nak tulis entry. Sebab masih terkial-kial dengan arrangement blog ni. Tapi so far so good boleh lah catch up sikit-sikit. Cuma take time sikit. So, takmau lari dari topik entry untuk kali ni. Kita go through terus ke topik k.

Hari ni nak bagitau kata dah selesai perjuangan diploma hip hip hoorayyy hahahahah Alhamdulillah setelah 5 semester penat lelah nanges meroyan happy marah geram eh semua ada lah. Akhirnya i am done untuk diploma. Syukur syukur

Aku dapat course Diploma Pengurusan Maklumat. Mungkin tak familiar dan orang akan ingat semestinya ni adalah course pasal IT. Hellooo course ni bukan beshe beshe k. Aku takmau cerita lebih pasal apa ada dalam course ni means subjek yang berkaitan. Mungkin lain entry kot.

Sebenarnya dah habis bulan April haritu ya nikmati cuti-cuti dulu.


Wednesday, July 12, 2017

I am back

Hai. Assalamualaikum.

Lama tak tengok blog sendiri. Lepas dah edit semua benda papar untuk mata melihat, terus aku hilangkan diri. Hilangkan diri untuk blog sahaja. Aku masih aktif di laman sosial yang lain. Contoh terbaik jeng jeng jeng Twitter. Buat masa sekarang, untuk laman sosial yang lain macam Facebook dan Instagram aku masih lagi cipsmore. Aku bagitau awal-awal ni. Heh

Macam macam nak post dalam blog ni. Nak tulis entri yang orang takkan jemu tinggal jejak love love kat blog sendiri. Terlalu load sangat dengan cerita sehinggakan terus blank mana satu aku patut tulis dulu hahahahahah

Untuk followers aku, ya banyak benda dah berubah dalam blog aku. Antaranya yang paling ketara sekali, post yang lama-lama dah dicampak ke bin. Sebab benda yang lepas usah dikenang kan. Cewah.

Nak mula life baru kena ada nafas baru.